Apa itu DIB @ TECC?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Bilik TECC (TECHNOLOGY ENABLE COLLABORATIVE CLASSROOM) adalah salah satu fasiliti yang disediakan oleh Politeknik Sultan Idris Shah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berbanding bilik kuliah yang sedia ada. Setiap jabatan perlu sama-sama terlibat menggunakan bilik ini agar segala kemudahan ini dimanfaatkan semaksima mungkin. Jabatan Perdagangan memilih kursus Fundamentals of Acccounting untuk menggunakan bilik TECC pada sesi ini, Jun 2017. Kelas yang terlibat adalah DIB1A yang mengambil program Diploma Perbankan dan Kewangan Islam. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran di bilik TECC bukan berkonsepkan pensyarah memberi syarahan semata-mata. Tetapi pelajar akan melakukan tugasan secara berkumpulan dan mencari maklumat berkaitan menggunakan kemudahan komputer berintenet yang disediakan di situ. Secara kesimpulan, ia melibatkan komunikasi secara kolaboratif yang lebih kreatif dan santai. Blog ini diwujudkan unt...