PROBLEM ACTIVITY SOLVING

Pada 27 September, kami mengadakan kelas di bilik TECC. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.00 sehingga 10 pagi. Kami diberi tugasan secara berkumpulan untuk menyelesaikan 'problem scenario' yang telah dipilih oleh kumpulan masing-masing. Topik utama 'problem scenario' ialah Financial Statement With Adjustment (penyata kewangan dengan pelarasan). Kami bebas untuk memilih kedudukan yang selesa bagi membincangkan tugasan tersebut bersama ahli kumpulan masing-masing.



 
(gambar para pelajar sedang berbincang bersama ahli kumpulan)

Kemudian, pelajar juga dikehendaki untuk melayari laman web Cidos menggunakan komputer yang telah disediakan di bilik tersebut.


(gambar pelajar sedang melayari laman web Cidos)

Setelah selesai melayari laman web tersebut, pelajar meneruskan aktiviti perbincangan bersama-sama ahli kumpulan. Semasa perbincangan bersama ahli kumpulan diadakan, pensyarah telah memberi taklimat tentang cara penggunaan Microsoft Excel memandangkan kami akan membuat pembentangan jawapan 'problem scenario' mengikut kumpulan pada minggu hadapan di hadapan semua pelajar DIB1A.



(gambar para pelajar sedang mendengar taklimat daripada Puan Norhidayati binti Mohd Kosni)

Selepas pensyarah memberi penjelasan tentang penggunaan Microsoft Excel, pelajar diberikan masa untuk menyambung perbincangan mereka tentang tugasan yang diberikan dalam berkumpulan. Selain itu, beberapa kumpulan telah menyemak draf jawapan dengan pensyarah dan terdapat kumpulan yang telah memulakan penyediaan jawapan pembentangan menggunakan Microsoft Excel.

(pelajar meneruskan perbincangan bersama ahli kumpulan selepas sesi taklimat)

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu DIB @ TECC?

PERBENTANGAN PROBLEM SCENARIO