PERBENTANGAN PROBLEM SCENARIO
Pada 3 Oktober, kelas telah diadakan di bilik TECC. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10 pagi. Sehari sebelum kelas diadakan, pelajar diminta untuk membuat tiga soalan daripada problem scenario terlebih dahulu yang mana akan dibentangkan pada keesokan hari oleh kumpulan yang telah dimaklumkan oleh pensyarah. Hal ini bertujuan agar pelajar tidak hanya mendengar dan melihat perbentangan tersebut tetapi pelajar juga boleh menyemak latihan yang telah dibuat oleh mereka.
Tanpa membuang masa, kumpulan yang telah dimaklumkan untuk membuat perbentangan diminta untuk membentangkan problem scenario yang telah dibuat oleh pelajar secara berkumpulan. Sementara kumpulan tersebut usai membuat perbentangan, pelajar juga dapat menyemak latihan yang telah pelajar buat dan menanyakan kepada kumpulan yang membentangkan problem scenario masing-masing sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Selepas selesai satu kumpulan, perbentangan diteruskan lagi dengan kumpulan yang lain.
Video perbentangan itu disertakan di bawah :
( kumpulan 1 )
(kumpulan 2)
(kumpulan 3)
Comments
Post a Comment