Posts

Showing posts from October, 2017

Latihan Tutorial : Jurnal dan Buku Tunai

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,            Pada 18 Julai 2017 ,  kelas dimulakan dengan penerangan yang diberikan oleh pensyarah subjek Fundamental Of Accounting bagi Topik 2 iaitu Jurnal dan Buku Tunai. Pensyarah telah memberi penjelasan ringkas berkaitan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut agar para pelajar jelas tentang tugasan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Puan Norhidayati memberi penerangan dalam masa hampir 30 minit berkaitan dengan cara menyediakan jurnal dan buku tunai .            Setelah itu , kami telah diberikan soalan oleh pensyarah untuk membuat latihan seacra berkumpulan, di mana ahli kumpulan dipilih oleh para pelajar sendiri. Para pelajar diberikan masa selama 30 miit untuk membuat perbincangan berkumpulan dan menyediakan slide untuk membentangkan hasil kerja mereka. Terdapat beberapa buah kumpulan yang bertanyakan soalan mengenai tajuk yang dibincangkan pada h...

PERBENTANGAN PROBLEM SCENARIO

Pada 3 Oktober, kelas telah diadakan di bilik TECC. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10 pagi. Sehari sebelum kelas diadakan, pelajar diminta untuk membuat tiga soalan daripada problem scenario terlebih dahulu yang mana akan dibentangkan pada keesokan hari oleh kumpulan yang telah dimaklumkan oleh pensyarah. Hal ini bertujuan agar pelajar tidak hanya mendengar dan melihat perbentangan tersebut tetapi pelajar juga boleh menyemak latihan yang telah dibuat oleh mereka.  Tanpa membuang masa, kumpulan yang telah dimaklumkan untuk membuat perbentangan diminta untuk membentangkan problem scenario yang telah dibuat oleh pelajar secara berkumpulan. Sementara kumpulan tersebut usai membuat perbentangan, pelajar juga dapat menyemak latihan yang telah pelajar buat dan menanyakan kepada kumpulan yang membentangkan problem scenario masing-masing sekiranya ada sebarang  pertanyaan atau kemusykilan.  Selepas selesai satu kumpulan, perbentangan diteruskan lagi...