Latihan Tutorial : Jurnal dan Buku Tunai

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

           Pada 18 Julai 2017 ,  kelas dimulakan dengan penerangan yang diberikan oleh pensyarah subjek Fundamental Of Accounting bagi Topik 2 iaitu Jurnal dan Buku Tunai. Pensyarah telah memberi penjelasan ringkas berkaitan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut agar para pelajar jelas tentang tugasan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Puan Norhidayati memberi penerangan dalam masa hampir 30 minit berkaitan dengan cara menyediakan jurnal dan buku tunai .







           Setelah itu , kami telah diberikan soalan oleh pensyarah untuk membuat latihan seacra berkumpulan, di mana ahli kumpulan dipilih oleh para pelajar sendiri. Para pelajar diberikan masa selama 30 miit untuk membuat perbincangan berkumpulan dan menyediakan slide untuk membentangkan hasil kerja mereka. Terdapat beberapa buah kumpulan yang bertanyakan soalan mengenai tajuk yang dibincangkan pada hari tersebut. Para pelajar juga telah diberi penerangan sekali lagi berkaitan dengan permasalahan tersebut dan dapat menyelesaikan masalah tersebut.




            Selepas 30 minit berjalan, kami diberikan masa 10 minit setiap kumpulan bagi menerangkan jalan penyelesaian kepada para pelajar yang lain. Di sini kami dapat mempelajari dan memahami lebih mendalam berkaitan dengan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Semasa pengakhiran pembentangan, kumpulan yang membentang mengadakan sesi soal jawab(Question&Answer). Di sini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran di TECC menjalankan konsep pembelajaran secara 2 hala.




Setelah selesai semua pembentangan untuk setiap kumpulan, pensyarah telah memberi nasihat dan pandangan kepada para pelajar berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Maklumbalas yang diberi oleh pensyarah jelas menunjukkan bahawa para pelajar memahami dan menguasai tajuk tersebut. Pensyarah juga berpuas hati dengan setiap pembentangan kumpulan. Sebelum kelas berakhir, pensyarah memberi tugasan untuk disiapkan di luar kelas dan akan dibincangkan dalam kelas akan datang.




( HASIL PEMBINCANGAN DARIPADA BEBERAPA KUMPULAN )












Comments

Popular posts from this blog

Apa itu DIB @ TECC?

PERBENTANGAN PROBLEM SCENARIO

PROBLEM ACTIVITY SOLVING