Apa itu DIB @ TECC?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Bilik TECC (TECHNOLOGY ENABLE COLLABORATIVE CLASSROOM) adalah salah satu fasiliti yang disediakan oleh Politeknik Sultan Idris Shah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berbanding bilik kuliah yang sedia ada. Setiap jabatan perlu sama-sama terlibat menggunakan bilik ini agar segala kemudahan ini dimanfaatkan semaksima mungkin.

Jabatan Perdagangan memilih kursus Fundamentals of Acccounting untuk menggunakan bilik TECC pada sesi ini, Jun 2017. Kelas yang terlibat adalah DIB1A yang mengambil program Diploma Perbankan dan Kewangan Islam.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran di bilik TECC bukan berkonsepkan pensyarah memberi syarahan semata-mata. Tetapi pelajar akan melakukan tugasan secara berkumpulan dan mencari maklumat berkaitan menggunakan kemudahan komputer berintenet yang disediakan di situ. Secara kesimpulan, ia melibatkan komunikasi secara kolaboratif yang lebih kreatif dan santai.

Blog ini diwujudkan untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pelajar DIB1A semasa menggunakan bilik TECC. Semoga ia menjadi perkongsian yang bermanfaat kepada banyak pihak.

Enjoy!!!





Comments

  1. Terima kasih dan syabas kepada Politeknik Sultan Idris Shah kerana telah menyediakan sebuah fasiliti pembelajaran yang kondusif serta selesa bukan sahaja untuk pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa malah sangat membantu penyarah untuk mengajar dengan lebih efisien.Alat bantu mengajar yang disediakan dengan kemudahan teknologi terkini sangat memudahkan pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif dalam membentangkan tugasan mereka.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dan syabas kepada Politeknik Sultan Idris Shah kerana telah menyediakan sebuah fasiliti pembelajaran yang kondusif serta selesa bukan sahaja untuk pelajar-pelajar dapat belajar dengan selesa malah sangat membantu penyarah untuk mengajar dengan lebih efisien.Alat bantu mengajar yang disediakan dengan kemudahan teknologi terkini sangat memudahkan pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif dalam membentangkan tugasan mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERBENTANGAN PROBLEM SCENARIO

PROBLEM ACTIVITY SOLVING