DISCUSSION, PRSENTATION AND Q&A
Assalamualaikum dan Selamat Petang semua,
Pada 20 jun 2017, kelas Fundamental of Accounting telah diadakan di bilik TECC iaitu Technology Enable Collaborative Classroom bersama dengan pensyarah Puan Norhidayati. Pada hari tersebut kami telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara komunikasi dua hala di antara pensyarah dan para pelajar.
Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi dua hala? Ia bukan seperti sesi pembelajaran biasa di mana pensyarah akan memberi syarahan kepada para pelajar. Tetapi ia merupakan sesi pembelajaran dimana para pelajar diminta untuk berkongsi maklumat kepada rakan - rakan yang lain. Di samping itu, pensyarah bertindak sebagai fasilitator di mana pelajar akan di bantu dan dibimbing mengikut topik yang dibincangkan.
(Gambar: sesi perbincangan antara pelajar)
Para pelajar diminta untuk bekerja secara berkumpulan di mana setiap kumpulan perlu membincangkan topik tertentu selama hampir 30 minit. Kemudian pelajar perlu menyediakan pembentangan dalam bentuk slide Power Point dan menerangkan kepada rakan-rakan lain tentang tajuk berikut. Bagi menjadikan sebuah pembentangan berjalan dengan lancar , kumpulan tersebut hendaklah menguasai tajuk-tajuk yang diberikan dengan mencari banyak maklumat yang berkaitan, sama ada melalui nota yang telah diberi pensyarah melalui sistem CIDOS atau sumber lain seperti internet.
Subtopik pada kelas ini adalah " 11 konsep asas prinsip perakaunan " :
1. History Cost - Semua rekod perakauann disediakan nilai kos atau harga sebenar yang dinyatakan didalam sumber dokumen.
2. Objectivity- Setiap transaksi mestilah direkodkan berdasarkan bukti objektif atau disahkan dan informasi yang tidak berpihak pada satu pihak sahaja.
3. Full disclosure- Informasi perakaunan yang diterbitkan mestilah berkait, tepat pada masa, dipercayai, tidak berpihak pada satu pihak sahaja dan bebas daripada sebarang kesalahan.
4. Matching of revenues and expenses- Setiap perbelanjaan yang ditanggung bagi menjana pendapatan mesti dilaporkan dalam masa yang sama dimana pendapatan dilaporkan.
5. Seperate entity- Transaksi perniagaan mestilah diakaunkan secara berasingan daripada transaksi peribadi.
6. Going concern- Perniagaan dianggap untuk terus perkembang dan beroperasi pada masa akan datang.
7. Money as a unit of measurement of monetory unit- Semua transaksi direkodkan didalam unit kewangan negara.
8. Consistecy- langkah langkah perakaunan akan digunakan daripada satu tempoh masa perakaunan kesatu masa yang lain.
9. Accounting period- Tempoh masa perakaunan mestilah berterusan bagi membuat perbandingan prestasi perniagaan diantara tempoh masa perakaunan.
10. Conservatism- Perniagaan mesti dielakkan daripada terlebih catat nilai aset dan pendapatan dan terkurang catat tanggungan dan perbelanjaan transaksi direkodkan.
11. Materiality- Merujuk kepada kepentingan relatif tentang sesuatu benda.
Selain itu, sesi Q&A juga disediakan bagi membuka peluang kepada para pelajar bertanya soalan soalan mengenai tajuk yang dibentangkan. Oleh itu, para pelajar akan lebih mudah memahami dengan lebih mendalam.
Perkongsian video pembentangan disiarkan pada entri yang berikutnya.
Comments
Post a Comment