Posts

Latihan Tutorial : Jurnal dan Buku Tunai

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,            Pada 18 Julai 2017 ,  kelas dimulakan dengan penerangan yang diberikan oleh pensyarah subjek Fundamental Of Accounting bagi Topik 2 iaitu Jurnal dan Buku Tunai. Pensyarah telah memberi penjelasan ringkas berkaitan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut agar para pelajar jelas tentang tugasan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Puan Norhidayati memberi penerangan dalam masa hampir 30 minit berkaitan dengan cara menyediakan jurnal dan buku tunai .            Setelah itu , kami telah diberikan soalan oleh pensyarah untuk membuat latihan seacra berkumpulan, di mana ahli kumpulan dipilih oleh para pelajar sendiri. Para pelajar diberikan masa selama 30 miit untuk membuat perbincangan berkumpulan dan menyediakan slide untuk membentangkan hasil kerja mereka. Terdapat beberapa buah kumpulan yang bertanyakan soalan mengenai tajuk yang dibincangkan pada h...

PERBENTANGAN PROBLEM SCENARIO

Pada 3 Oktober, kelas telah diadakan di bilik TECC. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 10 pagi. Sehari sebelum kelas diadakan, pelajar diminta untuk membuat tiga soalan daripada problem scenario terlebih dahulu yang mana akan dibentangkan pada keesokan hari oleh kumpulan yang telah dimaklumkan oleh pensyarah. Hal ini bertujuan agar pelajar tidak hanya mendengar dan melihat perbentangan tersebut tetapi pelajar juga boleh menyemak latihan yang telah dibuat oleh mereka.  Tanpa membuang masa, kumpulan yang telah dimaklumkan untuk membuat perbentangan diminta untuk membentangkan problem scenario yang telah dibuat oleh pelajar secara berkumpulan. Sementara kumpulan tersebut usai membuat perbentangan, pelajar juga dapat menyemak latihan yang telah pelajar buat dan menanyakan kepada kumpulan yang membentangkan problem scenario masing-masing sekiranya ada sebarang  pertanyaan atau kemusykilan.  Selepas selesai satu kumpulan, perbentangan diteruskan lagi...

PROBLEM ACTIVITY SOLVING

Image
Pada 27 September, kami mengadakan kelas di bilik TECC. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.00 sehingga 10 pagi. Kami diberi tugasan secara berkumpulan untuk menyelesaikan 'problem scenario' yang telah dipilih oleh kumpulan masing-masing. Topik utama 'problem scenario' ialah Financial Statement With Adjustment (penyata kewangan dengan pelarasan). Kami bebas untuk memilih kedudukan yang selesa bagi membincangkan tugasan tersebut bersama ahli kumpulan masing-masing.   ( gambar para pelajar sedang berbincang bersama ahli kumpulan) Kemudian, pelajar juga dikehendaki untuk melayari laman web Cidos  menggunakan komputer yang telah disediakan di bilik tersebut. (gambar pelajar sedang melayari laman web Cidos) Setelah selesai melayari laman web tersebut, pelajar meneruskan aktiviti perbincangan bersama-sama ahli kumpulan. Semasa perbincangan bersama ahli kumpulan diadakan, pensyarah telah memberi taklimat tentang cara penggunaan Microsoft Excel...

VIDEO: PRESENTATION AND Q&A SESSION

(Sesi pembentangan para pelajar) (Sesi Q&A oleh para pelajar)

DISCUSSION, PRSENTATION AND Q&A

Image
Assalamualaikum dan Selamat Petang semua,        Pada 20 jun 2017, kelas Fundamental of Accounting telah diadakan di bilik TECC iaitu Technology Enable Collaborative Classroom bersama dengan pensyarah Puan Norhidayati. Pada hari tersebut kami telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara komunikasi dua hala di antara pensyarah dan para pelajar.            Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi dua hala? Ia bukan seperti sesi pembelajaran biasa di mana pensyarah akan memberi syarahan kepada para pelajar. Tetapi ia merupakan sesi pembelajaran dimana para pelajar diminta untuk berkongsi maklumat kepada rakan - rakan yang lain. Di samping itu, pensyarah bertindak sebagai fasilitator di mana pelajar akan di bantu dan dibimbing mengikut topik yang dibincangkan. (Gambar: sesi perbincangan antara pelajar)       Para pelajar diminta untuk bekerja secara berkumpulan di mana set...

Apa itu DIB @ TECC?

Image
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Bilik TECC (TECHNOLOGY ENABLE COLLABORATIVE CLASSROOM) adalah salah satu fasiliti yang disediakan oleh Politeknik Sultan Idris Shah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berbanding bilik kuliah yang sedia ada. Setiap jabatan perlu sama-sama terlibat menggunakan bilik ini agar segala kemudahan ini dimanfaatkan semaksima mungkin. Jabatan Perdagangan memilih kursus Fundamentals of Acccounting untuk menggunakan bilik TECC pada sesi ini, Jun 2017. Kelas yang terlibat adalah DIB1A yang mengambil program Diploma Perbankan dan Kewangan Islam. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran di bilik TECC bukan berkonsepkan pensyarah memberi syarahan semata-mata. Tetapi pelajar akan melakukan tugasan secara berkumpulan dan mencari maklumat berkaitan menggunakan kemudahan komputer berintenet yang disediakan di situ. Secara kesimpulan, ia melibatkan komunikasi secara kolaboratif yang lebih kreatif dan santai. Blog ini diwujudkan unt...